Monday 21 March 2011

Karier Anda Adalah Landasan Terbaik .

tahukah anda dalam mengembangkan kerjaya bukan tempat kerja menjadi ukuran , walau diana pun anda berkerja , perancangan karier amat penting untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya . ayuh lihat 8 tip yang berguna untuk anda .



  1. TIDAK BERHENTI BELAJAR .
  • dunia berubah sangat pantas , terutama dari segi teknologi dan cara .         banyak cara boleh digunakan dalam memajukan perniagaan sendiri , jika anda tidak mahu ketinggalan . sentiasalah mengikuti perkembangan semasa tambahkanlah pengetahuan dan juga kemahiran anda .

  1.   
    2. TANYA DENGAR DAN BELAJAR .
  • cuba dengar apa yang rakan sekerja anda cuba sampaikan tidak kira samaada bos atau pekerja biasa , dari situ banyak pengalaman boleh dikongsi , tanya juga soalan yang bermain di minda dan dengar pula pendapat mereka , beri peluang kepada mereka beri tunjuk ajar kemudian anda penambahbaikkan . percayalah ramai rakan sekerja anda akan jadi tutor percuma .
   3. LAKUKAN TERBAIK .
  • tiada perkara yang datang dengan mudah jika anda lakukan kerja dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab .
   4. BINA RANGKAIAN .
  • tahukah anda lebih 50% dari sumber informasi diperoleh daripada sumber rangkaian , jika anda mempunyai ramai kenalan dan aspek , ia juga sebagai satu ruang untuk melihat kerjaya masa hadapan . belajar perkara dan peluang yang baru , penting untuk anda yang sentiasa mewujudkan prospek baru dan kenalan manakala maklumat yang sedia ada perlu dikekalkan .
   5. KENAL PASTI KERJAYA SEKARANG .
  • jangan melakukan sebarang tugasan yang anda fikir ianya penting , ia akan merugikan masa dan bakat anda . apabila mmulakan kerjaya baru tanyakan akan halatuju dan kepentingn sesuatu perkara itu , jika tidak pasti yan mana lebih penting , tanya ketua anda . nanti anda akan tahu perbezaan di antara sekadar menyangka dan apa yang lebih sepatutnya penting .
   6. KENALPASTI KERJAYA SETERUSNYA .
  • sebelum merancang kerjaya seterusnya , pastikan anda mengenal pasti elemen kerja idaman anda . dalam kerja idaman anda , anda akan suka melakukan kerja dan bukan sebaliknya . apakah kerjaya itu ? adakah anda suka atau tidak kerjaya menjadi ketua ? adakah anda suka berkerja secara teknologi ataupun individu ? adakah anda mahu menjalankan perkerjaan sendiri ? adakah anda mahu menjadi jurureka , jurutera yang hebat ? sebelum membina kerjaya masa depan anda perlu ada matlamat .
   7. LAKUKAN PERSEDIAAN .
  • jangan tunggu lagi kemaskini data anda dan sentiasa bersedia untuk melakukan sesuatu yang baru , kerjaya impian hadir tanpa mengira masa jadi pastikan resume diisi dengan info dan pencapaian terkini , jika anda tidak tahu cara menulis resume dengan baik , belajar dari sekarang .
   8.  REALISASIKAN IMPIAN .
  • sekadar bermimpi tanpa sebarang usaha pasti tidak akan membawa anda kemana mana , lakukan langkah langkah yang ideal dalam mencapai kerjaya impian anda . jangan jadikan kerjaya ini sebagai ruang mennunggu . kerana ia akan sibuk dari hari ke hari . ayuh ! anda ada semangat dan cara , realisasikan kerjaya impian anda sekarang .

No comments:

Post a Comment