Sunday 20 March 2011

Kau Ada Kejar Impian Latar Belakang ?

Meniti arus kehidupan masa kini , kita sememangnya berlumba lumba untuk meningkatkan taraf hidup dan selari dengan kehendak sejagat RINGGIT dan KEDUDUKAN sememangnya pada perspektif kita merupakan portfolio yang perlu ada terutamanya sebagai seorang lelaki . benar bukan semua di kalangan kita yang cukup karismanya . pendidikan mahupun peluang untuk memeliki itu semua , malah peluang kita belum cukup ditawarkan kepada semua di antara kita semua untuk terus naik ke atas . lantaran itu bemulalah pelbagai jalan belakang dan jalan pintas untuk seseorang lelaki itu untuk menikmati kuasa , pangkat dan harta .

ramai di kalangan kita mahu dirinya menjadi tumpuan an disanjungi , acara acara permaidani , atau pertunjukan fesyen 
misalnya , adakala yang datang mengalahkan artis dan model , padahal tidak terlibat lansung dalam kancah hiburan mahupun fesyen .  paling penting mereka dilihat oleh khalayak ramai di sekelinling mereka . dan sama sama menumpag gemerlapan glamornya .

kini dengan rancaknya budaya facebook , segala macam aktiviti walaupun pergi beribadat atau ke luar negara semestinya akan dijaja atau diiklan di facebook . agar yang lain tahu apa yang dibikin . paling tidak bolehlah menayang ke rakan lain dengan unkapan ' kau ada ? ' .

seperti kita kawan kita seorang ni ' iyan ' ( bukan nama sebenar ) datang dari kampung , juga mempunyai cita cita tinggi ingin hidup senang dan bergaya sebagaimana dilihat dalam majalah . di kampung tidak ada apa pun kerja yang sesuai denganya . angan anganya mahu jadi pramugara dan mengelinlingi dunia bagi iyan dengan paras rupa yang dimilikinya kacak dan tinggi lebih mudah hidup senang . namun semua yang dirancang tidak keampaian . waja dan ketinggian yang membolehkan ia menjadi model sambilan dan mula menarik minat ramai penaja anak ikan di luar sana . bunyinya tipikal tetapi itulah hakikat , glamor dan kemewahan , dan populariti yang dikecapi semua dalam satu masa , usaha dan keja keras siang malam ternyata berjaya membuahkan hasil , siapa kita untuk mengadili segala apa yang dimiliki kerana untuk ke tahap ini juga iyan terpaksa berkorban segala macam termasuk 'adiknya' yang satu itu . bukan mudah . biar apa cara pun kit tidak dapat ramai di kalangan kita yang bijak mencari peluang untuk terus dilihat berjaya dengan apa cara sekalipun . budaya bersahabat kini lebih kepada mencari kepentingan , dalam soal ini mungkin konsep WIN WIN SITUATION mnjadi alasan paling mulia , orang akan mula hinggap kepada seseorang itu bukan kerana ingin menjadi sahabatnya . tetapi lebih kepada kepentingan yang ada padaya . mencari peluang kepntingan diri atau menumpang kemewahan dan siapa tahu menjadi wadah untuk membantunya apabila sesak nanti , biarpun demikian , itu semua hak masing masing kerana tiada gari sempadan yang jelas terhadap sebuah KEIKHLASAN .